Ekologi Rumput laut

Padang rimbunan

Rumput-rumput laut tumbuh secara luas merimbun sehingga mampu meliputi suatu kawasan pesisir atau dasar laut; rimbunan ini boleh terbentuk oleh satu atau lebih jenis rumput (2-12 jenis tumbuh bersama pada satu substrat[2]) laut yang tumbuh baik padat atau jarang.

Pertumbuhan ini mewujudkan suatu hubungan saling bergantung timbal antara komponen abiotik (air dan mendapan) dan biotik (haiwan dan tumbuhan)[2] lalu menjadi ekosistem perairan pantai yang sangat penting, baik secara fizikal mahupun biologi kerana mewujudkan tempat mencari makan, membiak dan membesar dan berlindung berbagai-bagai biota laut seperti ikan, krustasea, moluska (Pinna sp., Lambis sp., dan Strombus sp.), ekinodermata (Holothuria sp., Synapta sp., Diadema sp., Arcbaster sp., Linckia sp.) dan cacing (Polichaeta)[3].

Padang-padang menyaring nutrien sungai atau laut, pemecah ombak arus, serta meningkatkan mutu air laut dengan membantu pengendapan substrat dan menstabilkan mendapan.[4] Ia turut memberi sokongan melindungi dasar perairan dari ancaman hakisan.[5]